Wednesday, 8 June 2016

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan! :) Alhamdulillah, hari ni merupakan hari yang ketiga kita semua berpuasa. Teringat dekat arwah mak. Apalah agaknya mak buat sekarang ni. Rindu org-org rumah gak. Mesti setiap petang ayah bawak balik lauk-lauk untuk berbuka. mesti ade kuih sedap-sedap.Air sedap-sedap. Aku kat kolej belum rasa lagi kuih. Tak berkesempatan lagi nak ke bazaar beli kuih kuih. 

Kat DC tak nampak pulak kuih. Dc plak ramai gile orang beli makanan untuk berbuka. Aku paling senang, ambek makanan yang dah siap bungkus. Masa first day puasa, aku beli nasik tomato. Semalam pon aku makan nasik tomato. Bukan ape, tak larat nak rebut-rebut bungkus lauk pauk dengan nasik. Ambik je mane yang dah terbungkus. Sonang sikit den nak beli dan bayar. Tapi kena jugak beratur kalau yang berbungkus punya dah habis. 

Teringin pulak nak pergi umrah. Dulu arwah mak nak sangat pergi haji, tapi tak kesampaian. Kalau ade rezeki lebih, aku nak sangat upah haji untuk mak. Dan if ade rezeki lebih jugak, aku teringin sangat-sangat nak pergi umrah. InshaAllah, one fine day :)











Monday, 6 June 2016

ramadhan







Ramadhan tiba lagi..Alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk bernafas di muka bumi ini dan menikmati Ramadhan kali ini..syukur..bulan puasa ni, aku nak ambil kesempatan untuk menunaikan beberapa perkara..

a) Puasa bersungguh-sungguh sepenuh hati serta ikhlas
b) Mengaji serta hafal surah-surah 
c) Solat 5 waktu, kalau boleh di awal waktu
d) Solat terawih
e) Solat hajat
f) Doa kepada Allah apa yang kita hajati. Sebab inshaAllah kalau ada rezeki, dimakbulkan doa-doa semasa bulan puasa. Dulu aku selalu doa nak full A utk upsr and spm. Alhamdulillah. 
g) kuatkan diri dengan ujian-ujian yang mendatang.

InshaAllah kalau ada rezeki, sama-sama lah aku dan family merasa makan ketupat dan rendang. aku paling suke rendang ayam dan daging plus lemang pus kuih muih. semua aku suka. Aku harap puasa kali ni membawa seribu satu syafaat dan kebaikan buat aku sekeluarga. Untuk sape-sape yang aku ada buat salah, aku mintak maaf. Selamat berpuasa semua. Salam. :)