Wednesday, 12 December 2012

penang oh penang !

morning ipoh :D

jumaat lepas, aku dgn geng-geng drawing aku gi penang. kul 8 tu dah siap-siap tunggu kat pagar belakang. tunggu kereta sewa. pastu aku pi ngn raihan amek kereta tu. and then, mister shukri yang drive. maklum lah, nak ke penang. anak dara tak berani nak naik highway lagi. so encik-encik teruna sekalian lah yang akan drive ke sana. 

mula-mula gi isi minyak dulu. then gi makan kat bandar u. aku breakfast nasik lemak ngn telur masin. dorang gelak aku makan nasik lemak ngn telur masin weh. dorang ingat aku salah ambik. ewah-ewah. aku memang suke okey telur masin. tapi aku tak habis makan pun nasik lemak tu. am ngn shuk yang habiskan. perut aku tak muat lah nak makan pagi-pagi. tak selera.

then pastu baru gerak ke penang. aku neves lah jugak mula- mula tu. yelah, gi penang beb. tak gitau mak pun. just gitau odah je. so, sepanjang perjalanan ke penang, macam biasa , aku wajib tidur dalam kereta. tak sah kalau tak tidur. sure punya mesti akan tertidur. even aku tahan kuat mana sekali pun. maklum lah, puteri beradu lah katakan. 

then kte orang sampai kat rumah hajar nak dekat kul 12 tengahari. penat gak lah. mabuk kereta aku di buatnya. salam muah-muah ngn mami hajar. then lunch kat umah dia. sedap mami dia masak. ada sayur, kari daging, ngn ayam goreng. thanks ek auntie :D sampai jilat jari kaki tau tak. haha


lepas makan, turn raihan lak drive pi rumah pi ramlee. aku lak kena duduk kat belakang ngn am n shuk. dah la tengahari masa tu. bapak panas kat luar tu. siap guna gps tau nak pi sana. sebab jalan kat sana agak memeningkan. traffic light yang pelik bin ajaib. tapi sebelum tu 
mami hajar dah gitau direction siap-siap dah. so, dijamin tak sesat.  

and alhamdulillah, sampai jugak ke rumah p.ramlee. sampai dlm pukul 2. tapi tutup lah pulak. kena tunggu sampai kul 3 baru dia bukak sebab rini hari jumaat. dorang gi solat jumaat. so aku n geng buat sketches rumah dulu. aku buat bahagian belakang and kanan. susah lah jugak nak sketch rumah ni. pening aku di buatnya. makin lama makin ramai orang yang datang nak tengok rumah p ramlee ni. naik pening aku. dah lah panas terik. naik power silau mata aku. mau ke tahap maksimum aku rasa. 

tiba-tiba ada pak cik datang pok pek plak kat kteorang. eh eh pak cik. nape emo semacam plak ni. dia dok cite yang kat sini xleh ambek gambar, tak leh itu takleh ini. sebab dulu ade orang buat dajal. aku tak dengar sangat apa yang dia cakap sebab aku nga pening sebab kena silau matahari kuat sagat masa buat sketches tadi. rupanya geng aku pun tak dengar sangat apa yang dia cite, wakaka. panjang lebar kot pakcik ni dok cite. dia stop cite pun lepas dah tengok jam dah pukul 3. then dia gi bukak mangga kat rumah p. ramlee. Dia ada baca doa and ayat-ayat suci sebelum masuk rumah tu. and palling menyeramkan aku is that dia ada ketuk-ketuk rumah tu and then dia macam cakap-cakap ngn someone dalam rumah tu. dia cakap ape tah, aku tak dengar and terus pergi blkg rumah. naik meremang bulu roma aku nak masuk rumah tu. aku buat ukur-ukur kat luar dulu. biar orang lain yang masuk dulu. takot aku pulak yang pengsan nanti. 

penat gile kot buat kerja-kerja ukur ni. penat nak mampus! penat gile! tiba-tiba masa nga ukur-ukur tu, ada artis beb. guess who? darling ngasri~ dia tegur geng kteorg. 



darling : dari mana dik?
geng    : dari uitm  :D 


tapi lepas tu, de plak peminat-peminat datang nak ambek gambar ngn dia. tak dapat nak borak-borak pnjg ngn dia. so sad. :(  btw, dia cantik sangat. sweet je muke dia. dia datang ngn sedara mara dia. husband and anak dia pun ada. 

and then, aku sambung koje aku smpai lah siap. bapak penat ah buat kerja ukur-ukur, lakar, snap picture. adventure gilew. kalah pengembara hutan. dengan peluh-peluhnya. busuk! penat yang amat. then terus drive pergi PACIFIC. solat kat sana. penat gile kot. haish. yang part kelakarnya, kteorang cari pizza. berpusing2 cari, rupanya ada je kat sebelah kfc yang td kteorg dah singgah. sungguh damn -_____-''  then dorang order pizza 2 jenis. jenis ape tah,aku pun dah lupa.kenyang gile kot. sampai buncit perut aku. eh bukan perut aku je, perut si kuri tu pun buncit.tah-tah awek-awek ni pun buncit skli. haha. 

lepas makan tu, dorang gi lepak kat kerusi urut ogawa yang masuk singgit urut 10 minit tu. tapi aku malas nak naik. segan. hehe. aku gi usha baju kat kedai2 tepi tu. lawa beb. aku angkut satu. raihan pun angkut satu. lawa gak yang raihan ambek tu. tp aku malas lak nak beli banyak2. kang tak terpakai aku. and and andd! guess what.. masa aku kat kedai teddy bear, Am tunjuk kat aku ade satu bantal peluk ni, tapi ade kepala teddy kat depan tu. comey gile! besar and extra cute! memang tertawan aku ngn bantal golek kepala teddy tu. seriously aku memang nak gile bantal tu. sampai aku peluk2 bantal tu haha. aku mintak kat shuk.merengek manja kat dia. saje je buat camtu. tapi dia suruh amik yang kecik sikit, sebab camne nak bawak balik uitm nnt. aku cakap lah xnak. xnak pape pun. saje je mintak. tiba2 dia ambek bantal tu, paksa aku pegang.then undur kan badan aku sampai ke kaunter. nak xnak aku undur jelah,takot terjatuh. dengan harapan nak letak balik bantal peluk tu. tapi mulut dia sedap2 je cakap kat pekedai tu suruh kira bape harga. aduhai. masalah betul masa tu. aku dah terpikir camne nak bawak balik benda alah ni. nasib baik comey. kalau tak, aku tinggal je kat rumah hajar.hehek. 

dah siap beli, aku bawak masuk kereta. peluk manja bantal tu. aww..omey sangat2. thanks shuk. comey sangat-sangat sangat sangat ! balik tu singgah 7 eleven sat. beli red bull. al maklum lah, malam nnt nak stay up buat sketches kasi siap sekali ukuran lengkap. tak nak lah kena gi penang balik kan. penat lah den. malam tu makan nasik lagi. mami hajar dah siap kan makan malam. so, we have to eat. nnt malam tiba2 lapar,lagi trouble. so better just eat them all. sedap mak dia masak. 





ha! ni lah dia, bantal peluk yang kepala nya teddy bear. 
tapi tak nampak full body lah.




okey lah, itu saja for today. tak larat nak pok pek dah good night peeps :D

love,
dila





No comments: