Monday 24 December 2012

hari yang terok

rini aku masuk keje kul 12. okey masuk2 tadi dah nampak muke amoi tu. okey fine.nice one. dah nak dekat kul satu tu, customer dah ramai. meja pun dah penuh. then aku lah tukang amik order kat depan. aku dah pro okey. bukan nya aku tak reti handle kat depan tu. reti je. pastu td minah due ekor ni,bising2 nak tmpt duduk.pantang nmpk yg kosong, terus nak. eh makcik, habis tu customer yg dari td beratur td nak aku letak kat mane? ade otak tak? selfish tol. nyampah aku. dasar minah tak guna otak. pastu dah malu, nak mrah aku lak. padahal nak cover malu. boo! pastu dia pun beratur. yang aku tak puas hati tu, ade lah td 3 org dtg. then si nyonya tu suruh je masuk. ye aku paham, sebab dia tak nak jem kat luar tu beratur pnjg. utk tmpt duduk due org, kne tggu just for 5 minutes je. si gemuk due ekokr tu dah bising2. eee geram nya aku! and mslh lagi nye, mase aku nga debat ngn minah due ekor tu, leh pulak si manager tu marah2 aku. bengong. tak tau pape, buat cara tak tahu. bukan salahkan aku. stupid. ikut kan hati dah lama aku tembak dia! mcm ni ha! 





argh! geram gile tau tak! geram sgt2! aku tak kisah kalau customer nak marah aku sekali pum, mslh nya manager aku yang super panas baran tu buat aku tak tahan. lepas kena marah ngn dia, aku marah la dia balik. yelah, tak pasal2 masa aku nga explain kat customer, dia leh lak kacau daun marah aku. memang panas la aku. mmg cari nahas. pastu pe lagi, aku blah kua terus dari kedai tu. jangan harap aku nak datang dah. boleh blah la. part time pun haram la aku nak. get lost with your hot temper. kalau camtu lah kau layan pekerja kau, memang sampai bile pun orang tak kan suke kau. 

lepas aku kua tu, aku lepak kat kerusi tepi tu. dah Hairi lak datang kat aku. aku cite la kat dia pe jd. sampai nangis2 aku cite kat dia. tak tahan sangat. malu lah jugak actually.mane penah aku nak nangis free cmtu depan orang. then hairi blah masuk keje. aku lak cepat2 naik atas. duduk kat kerusi atas lak. 

dah pulak tibe2 Ikram lak datang. pulak. terus dia tarik tangan aku ikut dia turun tangga. helo sir! u nak bawak aku gi mane ni? aku xnak masuk kerja okey. dia cakap its okey,semua orang penat, then dia suruh aku masuk kerja.banyak cantik ewah2. tak semena mase turun tgge tu, aku nangis2 cakap suraji yang mrh aku, hari2 dia marah aku. smgt lak tu aku ngis. mencurah2 air mata aku. aku pun tak sgke nak ngis kuat cmtu. sape yang tak tahan. dah ikram tgk aku nangis, aku terus lari naik tangga. dorang tak paham pe aku rase tau tak. dorang tak akan paham. tak penah nak faham. aku suruh ikram masuk keje dulu. aku nak gi tandas. konon. padahal jgn harap aku nak masuk ngn muke sembab cmtu. 



okey. lepas tu aku duduk lak kat kerusi kat surau. rupenye ade lagi yang cari aku. farah lah pulak. lepas ni sape lak. duhai. aku pun cite lah mcm2. pastu farah pkse jugak aku masuk kerja. whoa2..jgn harap aku nak. aku akan masuk just nak ambek barang aku je. thanks. tu je. untuk kerja? oh sorry. tak nak. in your dream. dah bosan sangat duduk lama kat kerusi tu, aku decide nak jalan, tetibe terserempak lak ngn iskandar. aduhai. memang dorang ni ditugas kan khas untuk cari aku je ke? adoiii. tolong la. aku tak nak langsung tengok muke manager aku tu. tak nak langsung. tolong jauh kan aku ngn dia. dah lepas nmpk Is, aku lari la. buat2 tak nmpk dia. dia ikut aku rupenya. dia pgg lengan aku. lagi la kuat dia cengkam. sakit tau tak. dia ajak aku duduk kat kerusi, suruh cite. aku bukan nya mrah sbb suraji suruh tukar org, tp sebab aku tak tahan ngn suraji. mmg sies tak tahan. habis cite tu, Is tarik gak lengan aku, suruh masuk kerja. ewah2. aku tak nak. dia cengkam gile kuat kot. aku mintak lepas, dia tak bagi. dah la orang tepi2 tu tengok.duhai. malu lah Is nnt. aku tak ksh just dia je malu t. dah nak sampai johnny, aku lari terus pintu tepi tu.wek. jgn harap aku nak kerja. aku bnci. 












Friday 21 December 2012

kecewa

yaaa..gaji tak masuk pun lagi. so pagi tadi aku pi setel kan hal2 tu. then gi johnny jumpe ikram. ikram cakap gaji masuk next week. whoa lme gile. siut lah. then pi nak daftar lesen, kedai nye TUTUP pulakk!! macam *%#*&. okey, daddy cakap sambung petang ni. but bila pergi tadi, TUTUP JUGAK! grrrr. rase nak sepak je pintu kedai dia. masalah ape yang sampai kena tutup. haiya. nampak gaya nye esok lah aku kena buat lesen tu. sabar jela. kecewa gile kot. dah lah rini mamat tu nak cari masalah ngn aku lak. memang masalah lah kau lepas tu. duduk jauh2 la. dia yang stalk aku, pastu tuduh aku lak stalk dia. pastu nak marah2 cakap takde privacy bagai. helo.. kalau nak privacy sekali pun, then dont wrote anything on the public. people can see it. so tak payah nak maki hamun bagai kat aku. kau yang salah mslh nya. kalau aku jahat, lama dah kau kena ngn aku. anyway..MR TEDDY dah kembali! yeay! rindu gile vavi tau tak kat dia! ni lah dia, encik teddy aku 






so cute tau tak! 



aku tak kan bagi dia hilang lagi. promise. love you teddy <3
love you muah muah muah. okey lah, aku nak tidur. nak peluk teddy malam ni. confirm tidur lena malam ni. hee . chow~


dila. 

kad atm hilang

20 december 2012

whoa whoa. salam satu seri iskandar. nak tawu tak,semalam kad hajar hilang. kad bank islam. err, salah aku ke yeh. orang terakhir yang datang bilik dia nak print tu duduk kat katil dia. aku lak khusyuk tgk gambar kat laptop. hajar pun tgk skli. so maybe suspek yang amik kad dia tu ialah budak yang terakhir yang datang print semalam. yes. definitely dia lah orang nya. aku ngn hajar try search dia. tapi FAIL. sian hajar. then aku ajak dia gi mesin atm kat uptown sebab nak check duit. masa tu pukul satu kot. pergi ngn free hair kot. ingat kan takde org, sekali dah naik tangga tu,rupenya ade dua orang mamat baru lepas kua duit. oppssi. sorry yeh hajar.ajak dia buat yang bukan-bukan tgh pagi2 buta plak. sian dia. lepas dah balik tu, hajar ajak lepak kat luar bilik kat bawah tu. best gak. sembang-sembang ngn dia. ngantok lah jugak actually. kul 3 camtu baru naik bilik balik. terus tidur. ngantok sangat2. then pagi tadi aku ngn dia gi bandar U naik bas. then setel dalam kul 11 tu aku gi kelas. hajar tak pi sebab de hal. tercungap2 aku nak jalan dari pagar belakang nak ke kelas. patot nya aku cakap kat dia hantar kat pagar depan tadi. salah cakap lak . aishh. aku nampak pelik sikit rini sebab gi kelas pakai cardi oren and pakai selipar plus tak bawak pape. sehelai sepinggang. pensil pen paper, satu pun takdak. hajar belanja aku air fanta ngn roti 2 ketul.satu vanilla satu lagi roti ikan bilis. thanks hajar. really appreciate em. 


lepas kelas science tu, ade meeting untuk subjek ETR. nak kena bincang pasal nak buat bisnes ape. last-last dorang cakap nak buat bisnes gym. orait lah jugak bisnes tu. not bad. aku pun takde idea sangat nak buat bisnes ape. aku takde mood sangat2. aku benci ngn mamat penipu tu. kalau dah boleh pindah kolej, lama dah aku pindah. petang ni ayah nak datang ambik aku. tenkiue ayah. aku tak larat lorh nak naik bas. penat kot. so this time, giliran ayah la yeh amek rahmah. hehe .k lah, nak siap-siap nak kemas. baju kena bwk balik ni. bertimbun tak basuh lagi. 


see ya,
dila

Wednesday 12 December 2012

penang oh penang !

morning ipoh :D

jumaat lepas, aku dgn geng-geng drawing aku gi penang. kul 8 tu dah siap-siap tunggu kat pagar belakang. tunggu kereta sewa. pastu aku pi ngn raihan amek kereta tu. and then, mister shukri yang drive. maklum lah, nak ke penang. anak dara tak berani nak naik highway lagi. so encik-encik teruna sekalian lah yang akan drive ke sana. 

mula-mula gi isi minyak dulu. then gi makan kat bandar u. aku breakfast nasik lemak ngn telur masin. dorang gelak aku makan nasik lemak ngn telur masin weh. dorang ingat aku salah ambik. ewah-ewah. aku memang suke okey telur masin. tapi aku tak habis makan pun nasik lemak tu. am ngn shuk yang habiskan. perut aku tak muat lah nak makan pagi-pagi. tak selera.

then pastu baru gerak ke penang. aku neves lah jugak mula- mula tu. yelah, gi penang beb. tak gitau mak pun. just gitau odah je. so, sepanjang perjalanan ke penang, macam biasa , aku wajib tidur dalam kereta. tak sah kalau tak tidur. sure punya mesti akan tertidur. even aku tahan kuat mana sekali pun. maklum lah, puteri beradu lah katakan. 

then kte orang sampai kat rumah hajar nak dekat kul 12 tengahari. penat gak lah. mabuk kereta aku di buatnya. salam muah-muah ngn mami hajar. then lunch kat umah dia. sedap mami dia masak. ada sayur, kari daging, ngn ayam goreng. thanks ek auntie :D sampai jilat jari kaki tau tak. haha


lepas makan, turn raihan lak drive pi rumah pi ramlee. aku lak kena duduk kat belakang ngn am n shuk. dah la tengahari masa tu. bapak panas kat luar tu. siap guna gps tau nak pi sana. sebab jalan kat sana agak memeningkan. traffic light yang pelik bin ajaib. tapi sebelum tu 
mami hajar dah gitau direction siap-siap dah. so, dijamin tak sesat.  

and alhamdulillah, sampai jugak ke rumah p.ramlee. sampai dlm pukul 2. tapi tutup lah pulak. kena tunggu sampai kul 3 baru dia bukak sebab rini hari jumaat. dorang gi solat jumaat. so aku n geng buat sketches rumah dulu. aku buat bahagian belakang and kanan. susah lah jugak nak sketch rumah ni. pening aku di buatnya. makin lama makin ramai orang yang datang nak tengok rumah p ramlee ni. naik pening aku. dah lah panas terik. naik power silau mata aku. mau ke tahap maksimum aku rasa. 

tiba-tiba ada pak cik datang pok pek plak kat kteorang. eh eh pak cik. nape emo semacam plak ni. dia dok cite yang kat sini xleh ambek gambar, tak leh itu takleh ini. sebab dulu ade orang buat dajal. aku tak dengar sangat apa yang dia cakap sebab aku nga pening sebab kena silau matahari kuat sagat masa buat sketches tadi. rupanya geng aku pun tak dengar sangat apa yang dia cite, wakaka. panjang lebar kot pakcik ni dok cite. dia stop cite pun lepas dah tengok jam dah pukul 3. then dia gi bukak mangga kat rumah p. ramlee. Dia ada baca doa and ayat-ayat suci sebelum masuk rumah tu. and palling menyeramkan aku is that dia ada ketuk-ketuk rumah tu and then dia macam cakap-cakap ngn someone dalam rumah tu. dia cakap ape tah, aku tak dengar and terus pergi blkg rumah. naik meremang bulu roma aku nak masuk rumah tu. aku buat ukur-ukur kat luar dulu. biar orang lain yang masuk dulu. takot aku pulak yang pengsan nanti. 

penat gile kot buat kerja-kerja ukur ni. penat nak mampus! penat gile! tiba-tiba masa nga ukur-ukur tu, ada artis beb. guess who? darling ngasri~ dia tegur geng kteorg. 



darling : dari mana dik?
geng    : dari uitm  :D 


tapi lepas tu, de plak peminat-peminat datang nak ambek gambar ngn dia. tak dapat nak borak-borak pnjg ngn dia. so sad. :(  btw, dia cantik sangat. sweet je muke dia. dia datang ngn sedara mara dia. husband and anak dia pun ada. 

and then, aku sambung koje aku smpai lah siap. bapak penat ah buat kerja ukur-ukur, lakar, snap picture. adventure gilew. kalah pengembara hutan. dengan peluh-peluhnya. busuk! penat yang amat. then terus drive pergi PACIFIC. solat kat sana. penat gile kot. haish. yang part kelakarnya, kteorang cari pizza. berpusing2 cari, rupanya ada je kat sebelah kfc yang td kteorg dah singgah. sungguh damn -_____-''  then dorang order pizza 2 jenis. jenis ape tah,aku pun dah lupa.kenyang gile kot. sampai buncit perut aku. eh bukan perut aku je, perut si kuri tu pun buncit.tah-tah awek-awek ni pun buncit skli. haha. 

lepas makan tu, dorang gi lepak kat kerusi urut ogawa yang masuk singgit urut 10 minit tu. tapi aku malas nak naik. segan. hehe. aku gi usha baju kat kedai2 tepi tu. lawa beb. aku angkut satu. raihan pun angkut satu. lawa gak yang raihan ambek tu. tp aku malas lak nak beli banyak2. kang tak terpakai aku. and and andd! guess what.. masa aku kat kedai teddy bear, Am tunjuk kat aku ade satu bantal peluk ni, tapi ade kepala teddy kat depan tu. comey gile! besar and extra cute! memang tertawan aku ngn bantal golek kepala teddy tu. seriously aku memang nak gile bantal tu. sampai aku peluk2 bantal tu haha. aku mintak kat shuk.merengek manja kat dia. saje je buat camtu. tapi dia suruh amik yang kecik sikit, sebab camne nak bawak balik uitm nnt. aku cakap lah xnak. xnak pape pun. saje je mintak. tiba2 dia ambek bantal tu, paksa aku pegang.then undur kan badan aku sampai ke kaunter. nak xnak aku undur jelah,takot terjatuh. dengan harapan nak letak balik bantal peluk tu. tapi mulut dia sedap2 je cakap kat pekedai tu suruh kira bape harga. aduhai. masalah betul masa tu. aku dah terpikir camne nak bawak balik benda alah ni. nasib baik comey. kalau tak, aku tinggal je kat rumah hajar.hehek. 

dah siap beli, aku bawak masuk kereta. peluk manja bantal tu. aww..omey sangat2. thanks shuk. comey sangat-sangat sangat sangat ! balik tu singgah 7 eleven sat. beli red bull. al maklum lah, malam nnt nak stay up buat sketches kasi siap sekali ukuran lengkap. tak nak lah kena gi penang balik kan. penat lah den. malam tu makan nasik lagi. mami hajar dah siap kan makan malam. so, we have to eat. nnt malam tiba2 lapar,lagi trouble. so better just eat them all. sedap mak dia masak. 





ha! ni lah dia, bantal peluk yang kepala nya teddy bear. 
tapi tak nampak full body lah.




okey lah, itu saja for today. tak larat nak pok pek dah good night peeps :D

love,
dila





Tuesday 4 December 2012

makan malam

whoa whoa. tadi nak makan kat dm indera mulia,tapi tapi tapi! ramai lah pulak orang.. beratur sana sini. haish. tak leh jadi ni. perut mesti di isi. segera! so, aku pun pergi lah dm pasir salak yang agak jauh sedikit dari blog aku tu. yeah..aman gak lah kat sana. semua perempuan je. aku pun decide nak makan terus kat sana. malas nak bungkus bawak balik bilik. payah. so, aku amik nasik goreng kampung with two sosej. it cost me only RM2.50 murah lah jugak. boley la. haha. then minum air sarsi. memang best. 

and sesudah aku makan nasik ngn hajar..guess what..hujan rupenya! gosh. berlari-lari aku ngn hajar balik bilik. penat gile. lebat gak lah hujan. see. baru baik demam dah kena hujan balik. memang cari nahas lah aku ni. then aku naik atas, get an umbrella for hajar, and go back down stairs, and give it to her. and again, go back to upstairs and straight to my bedroom. fuahhhhhhhhh..super penatttttttt  

anyway, mkn tadi mmg best. kenyang kata kau. alhamdulillah,syukur. duit plak tinggal bape je haha. okey. gtg


gtg,
dila

Monday 3 December 2012

my first class

hye hye  :D
my first class ?  my first was at account's faculty! gosh sgt jauh tau tak. -.- takpelah. exercise sikit kan. akan tetapi, takde lecturer pon. haish. i am wearing a blue baju kurung at that time. bunga-bunga tau. tapi ngn tudung hitam. kasut pun hitam. tapi kasut tu ade blink-blink. selekeh je aku gi kelas. tak vok macam dorang. 




my black blink-blink shoes




tapi dalam kelas lecturer takde lah pulak. then aku ngn raihan pun balik awai. balik bilik layan movie. layan movie '' aku, dia dan fb''. best gak. lawak. then kelas yang secong ni kul 10, tapi sama jugak. lecturer takde, so balik bilik balik lagi sekali. and sambung movie tadi. gi pc fair tadi, tapi tkde ape pon kat sana. dorang tak habis bukak kedai lagi. ingat nak beli pendrive. takpe lah. malam nanti pun boleh pergi, right? 



best gak drama pendek ni

then kul 12 lak, kelas building science. oh yeah. this time, lecturer ada. nama dia aku pun tak sure. puan asma? asmat? tak dengar sangat sebab aku dok belakang ngn member aku. hehe. aku tak gemar sangat duduk depan. nanti aku cepat mengantok and tak leh nak cover muka toye aku depan lecturer. maklum lah, muka ala-ala orang mabuk bila dah ngntok tahap gaban. 

and kelas pukul 2 lak, kelas building construction. guess what. encik wan yang ajar. he was super cool. dia dah prepare buku nota untuk kteorang. thanks sir. and dia dah start mengajar. wow. baru 10 minit dia mengajar, aku dah bukak mulut menguap. nampak sangat kuat tidur aku ni. haish. nak lukis lukisan kat depan tu pun tangan aku tak mampu nak jalan lukis kat buku note aku. terok tol perangai aku ni. sape suruh tido lambat sangat semalam. 

aku seseme terok sangat semalam sampai tak boleh nak tidur. like seriously, my nose was stuck at that night with this bad flu. arghh! telan ubat, tapi pagi ni plak effect ngantok nye. sabar jelah. naseb baik hidung ni comey. kalau tak, kerat dah.

then,kelas habis pukul 4 petang, habis awal. hihi. tapi next week, tak habis awal dah. habis mcm biasa. pukul 5. ouh so bored. pagi je dah 3 kelas, petang lak satu kelas tapi 3 jam. gila best. 

okey lah, got to go. nak pergi pc fair, nak usha-usha pen drive and also other things yang murah. bye peeps! 



true, 
dila :) 










Saturday 1 December 2012

bilik baru

yo.. aku dapat bilik baru beb kat kolej ni. akan tetapi, isi-isi dalamannya, katil nya, loker nya, roomate nya dan sewaktu dengan nya, semuanya masih sama. tak ada yang berubah, di ulang, TAK ADA YANG BERUBAH. everything is still the same. it was me, who changed a lot. during this semester break, i have changed a lot. people changed. so do i. many things happened. and today, aku plak kena berjauhan dengan rumah, tercampak kat penjara ni balik untuk selama enam bulan. yeah, memang aku akan balik once a month. tapi aku still akan terseksa ngn assignment and tests and all sorts of university things selama enam bulan. boring. its so gonna be bored. 


see, told you. pukul lima tadi aku dah sampai kat UiTM, dah siap angkut barang-barang ngn odah tadi. dah terasa bosan kat sini. haishhh. lupa beli topup plak tadi. damn. sabar jelah. hujan lebat tadi masa aku sampai kat kolej. terpaksa loading barang kat foyer kolej laju-laju sebab orang lain pun nak loading barang jugak. tempat lain takleh nak loading sebab hujan makin lebat. nasib baik odah ikut, kalau tak naik semput aku angkut barang sorang-sorang. barang aku dah lah banyak. yang hantar aku tadi was ayah, odah and amir. thank you for hantar me. hehe :D love you all.

okey lah, nak gi tido. harap-harap malam ni aku dapat tidur dengan nyenyak. good night world. 

love,
dila

last day of working

goshhhh.today is 30 november. and it is the very very last day for me. my last day of working as a service crew. so sad. padahal happy lah jugak sebab lega dah habis kerja hehe. semua orang pun sedih. tapi dorang complain yang aku ni banyak cakap. and kerap sangat ketawa and smiling2. bila aku moyok, semua tanya, bila senyum pun tanya. ewah. habis tu aku kena camne? haha. anyway, aku dapat hadiah jam tidur dari salah seorang staff kat situ. thanks yea :D really appreciate them. btw, that clock really cute. ada tulis kat jam tu, " I MISS YOU" .  awwww, so sweet.. thank you so much. 









anyway, manager tu offer aku kerja part time sambil belajar. erm, i'm thinking of taking that offer. lagi pun hari jumaat aku takde kelas. so maybe boleh kerja hari jumaat tu terus. and gain some money. camne ek. nak ke tak nak ek. hmmm~ dari seri iskandar ke ipoh sejam. lagi mau gi kerja. wah, superwoman aku ni. biar aku pikir dulu lah na. esok dah nak balik UiTM. haishh. kejap je cuti. 

masa aku salam abang aku semalam, terkejut dia aku nak balik kolej dah. aku cuti sebulan je bro. dia cuti empat bulan beb! bapak best gila. jeles aku. aku plak, sebulan je. takpe. sabar ek. belajar rajin-rajin sampai ke menara gading. so xyah bayar ptptn balik, right? :D

okey lah, dah malam sangat ni. nak masuk tidur dulu. barang-barang pun tak kemas lagi. esok nak gerak balik seri iskandar dah. esok jelah kemas. hehe. nite-nite . 


love, 
dila