Monday 11 August 2014

krik krik

Tadi pagi cam bese buat keje rumah lah. Siap siapkan bekfes, siapkan bebudak ni nak gi sekolah. Basuh baju. Sapu sampah. Siang ayam ikan sidai baju and bla bla bla lah. Then aku pasan lah ade satu bakul ni terlepas nak join baju yg basuh tadi. 

So aku pun set kan mesin basuh tu, letak sabun. Kasi dia larut dulu sabun tu sebab pakai sabun serbuk. Tak lama lepas tu, mesin pun dah start jalan. Aku pun buat keje len. Lepas dah siap mesin tu, siap ade lagu tanda mesin tu dah siap, aku pun bukak lah penutup mesin tu nak ambek baju tadi....

Rupe rupenye aku buat lawak antarabangsa dgn mesin basuh tu. Aku lupe nak masukkan baju kotor yg nak basuh tu dalam mesin basuh kekekekeke buang karen jele aku pusing mesin basuh tuuuu dei rase tertipu sgt hahahahahahahahaahhahahahahahaha lol. Keciwa betul hati teman cisssss

Semalam aku pi jj ngn dak fatin a.k.a pizul. Guess whatttttt..Aku beli buku tajuk dia `super mom'. Ternampak buku tu, tgk cam wow je. Tros beli.  Chewah mentang-mentang lah aku ni skrg suri rumah, beria nak tgk tips tips nak jadi ibu mithali, ibu yg hebat, ibu yg baik penyayang dan sebagainye lah. Nk tawu tips nak didik anak, tips nk kawal anak supaya tak besar kepala. Mcm mcm lah nak tawu.

Poning kepala eden. Bak kata orang ramai, seorang suami memang sentiasa memerlukan wanita di sisinya. Kerana apa? Because woman knows better than a man does. Kaum hawa lah yg hampir 70% yg kena buat semua benda berbanding lelaki yg hanya kerja dan merancang masa depan. Kaum hawa? Buat kerja rumah, uruskan anak, makan pakai anak, masak, nak hantar sekolah mane dimana, tolong anak kerja sekolah, decide raya nak pkai ape, langsir kale ape. Nak masak ape raya nanti.  Nak hidang ape. Laki ade ke nak buat sume tu. Ade tu ade, tapi tetap mintak pandangan sang isteri. Ye dok.. hehehe.. miss u mother. Wish u were here. Okey lah, lunch time. Nak masak. Tata.


Wednesday 6 August 2014

hari raya

salam. disebabkan tak boleh merungut, so aku merungut kat sini jelah. hari raya tahun ni merupakan hari raya yang paling sunyi, paling tak best, paling takde org datang rumah mcm tahun-tahun lepas. lagi-lagi arwah mak dah takde. ni lah first time beraya tanpa mak. sunyi je rumah. persiapan raya pun last minit. kalau mak ade, mak lah yg semangat buat persiapan raya. mak yang masak. mak yang jadi penasihat untuk semua. 

terima kasih bebanyak kepada saudara mara yang sudi datang rumah beraya. dan thanks jugak kepada kawan-kawan adik yang dtg raya. dan lastly thanks jugak kepada org nogori yang sudi datang jauh-jauh semata nak beraya kat rumah aku. thanks for the duit raya. thanks for the patung. and mcm2 lah. and thanks jugak kepada father yang bawak kteorg jalan2 raya ritu. balik teluk intan balik kuala kangsar. 


ni aku namakan captain army malaysia. sempena nama hero-hero malaysia. ok. hari ni kepala aku sakit gile babun. byk sgt pikir. badan plak panas macam nak demam. nak merungut pon tak boleh. teringat gile2 kat arwah mak. entah nape. mudah-mudahan arwah mak ditempatkan di kalangan hamba-hambaMu yg beriman. amin! Al-Fatihah..

ok thats all. tata.